Monolog

"Kalau suka boleh baca"

Jumaat, 20 Mac 2009

kisah wanita yang berzina... TWO THUMBS UP...

Seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. mengatakan:

"Ya Rasul, sucikan aku, sucikan aku"

Nabi bertanya. "Mengapa ya fulanah engkau minta di sucikan?"

Wanita itu mengatakan. "Aku telah berzina dengan lelaki yg kelmarin telah di
rejam kerana berzina, dan akulah si wanitanya."

Nabi berkata. "Adakah saksinya ? Apa buktinya?"

Wanita itu berkata. "Allah dan aku saksinya, dan perutku semakin membesar."

Nabi berkata. "Pulanglah engkau, hingga anakmu lahir."

Akhirnya wanita itupun pulang. Setelah anaknya lahir, wanita itu datang lagi dan meminta hal yang sama: untuk di sucikan.

Nabi berkata. "Pulanglah, susukan lah anakmu selama 2 tahun."

Setelah di susukan selama dua tahun, wanita ini kembali datang untuk meminta di sucikan lagi.

Nabi berkata. "Pulanglah, asuhlah anakmu hingga ia cukup besar."

Beberapa tahun kemudian wanita ini kembali lagi.

Nabi lalu mengambil anak itu, lalu berkata. "Siapa yang akan mnanggung anak dari wanita ini ??"

Lalu seorang sahabat berkenan mengasuhnya.

Nabi bersama sahabat lalu menggali lubang, kemudian merejam wanita itu hingga meninggal dunia.

Seorang sahabat mengejek wanita itu dan mengatakan kejahatannya sebagai pelacur.

Rasul nampak marah mendengar kata2nya itu dan berkata:

"Jika taubat wanita ini dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk madinah, nescaya semua akan mendapat bahagian."

Wanita itu telah suci dan mensucikan dirinya.

Dia menghadap Allah dalam keadaan bersih dan suci sebagai orang yang bertaubat.

1 ulasan:

  1. MAN ANA???
    SIAPA AKU???

    Sering kali mereka lupa,siapa mereka itu!!!...Masih bangga melakukan nista.Bertaubatlah pesan AKU kepada diri,keluarga dan yang lain-lain.

    BalasPadam

Tinggalkan pandangan