Monolog

"Kalau suka boleh baca"

Sabtu, 19 Jun 2010

Tips Berkesan Untuk Membersihkan Karpet




Karpet biasanya digunakan untuk mencantikkan lagi bahagian lantai di sesuatu kawasan atau rumah. Jadi amatlah penting supaya memastikan ia dalam keadaan yang baik dan bersih.  Karpet sangat mudah untuk dihinggapi kekotoran, kesan lumpur akibat daripada kawasan persekitaran atau kesan tumpah sehinggakan ia memerlukan cara pembersihan yang betul untuk menaikkan semula kecantikannya. Kos untuk membersihkan karpet adalah lebih murah dibandingkan dengan kos untuk menukarkannya kepada yang baru. Jadi, membersihkannya adalah lebih jimat.